Saturday, 25 June 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).
Laungan ‘kemerdekaan’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.
Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.
Hari ini, Malaysia menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53 tahun dengan membawa tema “1 Malaysia Menjana Transformasi”. Selama 53 tahun Malaysia hidup dalam kemakmuran dengan rakyatnya yang berbilang bangsa, berbilang kaum, berbilang agama. Semua bersatu tenaga dan bersatu hati dalam merealisasikan matlamat negara Malaysia ke arah sebuah negara maju dan membangun.
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Kini Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi, sosial, pentadbiran, politik, komunikasi dan sebagainya. Kemajuan ini terhasil dari usaha gigih pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu dan sekarang yang tabah dalam menghadapi segala kesulitan dan kepayahan. Keupayaan para pemimpin Malaysia dalam mentadbir negara seharusnya dikagumi. Formula-formula yang digunakan dalam mentadbir negara Malaysia ini telah membuahkan hasil yang perlu disyukuri oleh kita sebagai rakyat Malaysia.
Sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ni, seperti biasa, pelbagai aktiviti dan program kemerdekaan akan berjalan sebagai memperingati pahit maung Malaysia dalam mencapai kebebasan daripada kuasa penjajah. Namun begitu, adakah kemerdekaan ini membawa sebarang erti dalam diri setiap rakyat Malaysia?

Kemerdekaan Dulu dan Sekarang

  • Generasi hari ini hanya mahukan keseronokan khususnya ketika sambutan kemerdekaan diadakan tetapi tiada pengisian dalam perspektif merdeka yang jelas.
     
  • Sekarang semua orang perlu disuruh setiap hari untuk pasang bendera, tiada lagi kemeriahan pasang bendera seperti satu ketika dulu.
     
  • Generasi muda tidak faham perjuangan kemerdekaan yang sebenar. Mereka hanya mahukan keseronokan dan keriangan sahaja. Kalau pergi buat ceramah mereka hanya beri perhatian pada kisah-kisah yang ngeri sahaja, tetapi kosong.
     
  • Generasi hari ini juga kurang prihatin dengan semangat kemerdekaan. Oleh itu banyak berlaku gejala sosial.
     
  • Walaupun kita sudah merdeka, tetapi generasi muda hari ini masih lagi dijajah dengan anasir tidak sihat tetapi mereka tidak sedar. Kita jangan mudah lupa diri dan rasa selesa dengan kesenangan yang dinikmati sekarang.
     
Begitulah pandangan Yahya Shafii, pesara Tentera Diraja British tentang kemerdekaan dulu dan sekarang. Betapa rendahnya akhlak generasi muda Malaysia sekarang ni disebabkan tiada semangat kemerdekaan dalam diri setiap daripada mereka.


Hargailah titik peluh dan titisan darah pejuang yang rebah ketika menggalas senjata bermati-matian menuntut kemerdekaan bumi berdaulat ini

Thursday, 23 June 2011

Perhimpunan Bersih (2007)


Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.[perlu rujukan]
Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran MerdekaKuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkanmemorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.
Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.
BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.


Tuntutan Bersih

Dalam Memarandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:
1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar danmanifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Sebab permit tidak diluluskan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuningkerana perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai.
Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis ialah:
  1. Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu. Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang dipergunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986). Begitu juga dengan perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa akibat letupan bom.
  2. Melalui pengalaman lalu di Malaysia, perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan 'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.
  3. Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia. Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan aman.

Wednesday, 22 June 2011

Perhimpunan Bersih (2)


Pendirian Suhakam

Suhakam ialah badan rujukan tentang hak asasi manusia di Malaysia. Datuk Sri Siva Subramaniam menyatakan bahawa tindakan-tindakan polis yang menyekat pelbagai laluan ke Dataran Merdeka, melepaskan tembakan air dan menangkap 245 lebih orang peserta tidak akan menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Polis berhak menentukan tahap keselamatan dan membuat keputusan yang sesuai demi kebaikan orang ramai dan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Rentetan Peristiwa

  • Pada 17 November 2007, Sultan PahangSultan Ahmad Shah menyatakan sebagai tidak manis dan satu fitnah jika Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara memperkenankan perhimpunan haram itu. Tidak elok nama Yang di-Pertuan Agong dibabitkan. Orang Islam tidak boleh menfitnah antara satu sama lain. Baginda yakin Tuanku mizan tidak terbabit sama sekali dengan perhimpunan berkenaan.

Liputan Al Jazeera

Al Jazeera, sebuah agensi berita Timur Tengah yang mempunyai pusat penyiaran rantau Asia Pasifik di Kuala Lumpur, turut membuat liputan mengenai peristiwa Perhimpunan Bersih. Mereka melaporkan bahawa pihak pengaman bertindak ganas dengan menyembur bahan kimia pemedih mata sehingga mencederakan ramai orang.[9][10] Menteri PeneranganDatuk Zainuddin Maidin, ketika diwawancara oleh Al Jazeera, menyindir mereka pula dan menyifatkan bahawa mereka sengaja membesar-besarkan cerita.

Tuesday, 21 June 2011

Krisis Kewangan Asia 1997




Krisis Kewangan Asia adalah krisis kewangan yang dimulai pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wangbursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Juga sering disebut Krisis mata wang Asia.
IndonesiaKorea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong KongMalaysia dan Filipina juga terkena tempiasnya. ChinaTaiwan danSingapura hampir tidak terkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.


Sejarah

Sehingga 1996, Asia menarik hampir setengah dari aliran modal negara membangun. Tetapi, ThailandIndonesia dan Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan pemulihankecepatan pertukaran ditambat menggalakkan pinjaman luaran dan menyebabkan keketerbukaan yang berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing dalam sektor kewangan dan perusahaan.
Pakar ekonomi telah berpendapat bahawa negara China pada ekonomi nyata sebagai faktor penyumbang krisis. China telah mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia lainnya terutama pada 1990, setelah penerapan perubahan kepada berorientasikan eksport. Yang paling penting, mata wang Thailand dan Indonesia adalah berhubung erat dengan dolar, yang naik nilainya pada 1990 an. Mengakibatkan para pengimport Barat mencari pengeluar yang lebih murah dan menemukannya di China yang nilai mata wangnya rendah berbanding dolar.
Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara. Bermula dengan kejadian di Amerika Selatan, pelabur Barat kehilangan kepercayaan terhadap keamanan di Asia Timur dan mulai menarik kembali wang pelaburan mereka.

Malaysia

Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal".
Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23,5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanianaaa 5,9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6,2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

Thailand

Dari 1985 ke 1995, Ekonomi Thailand mengalami pertumbuhan rata-rata 9% setahun. Pada 14 Mei dan 15 Mei 1997, mata wang baht,mengalami serangan spekulasi besar. Pada 30 Jun, Perdana Menteri Chavalit Yonchaiyudh berkata bahwa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi pemerintah Thailand akhirnya menambat mata wang tersebut pada 2 Julai.
Pada 1996, "dana hedge Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thai. Dari 1985 sampai 2 Julai 1997, baht ditambat pada 25 kepada dolar. Baht jatuh menjunam dan hilang setengah harganya. Baht jatuh ke titik terendah di 56 kepada dolar pada Januari 1998. Bursa saham Thailand jatuh 75% pada 1997. Finance One, perusahaan kewangan Thailand terbesar muflis. Pada 11 Ogos, IMF membuka pakej bantuan dengan lebih dari 16 juta dolar AS .Pada 20 Ogos IMF menyetujui, pakej "bailout" sebesar 3.9 juta dolar AS.kullakattachi

Filipina

Bank Pusat Filipina menaikan suku bunga sebesar 1.75% mata pada Mei dan 2% mata lagi pada 19 Jun. Thailand mula dilanda krisis pada 2 Julai. Pada 3 Julai, bank Pusat Filipina dipaksa untuk campurtangan secara besar-besaran untuk menjaga Peso Filipina dengan menaikkan suku bunga dari 15 % ke 24 % dalam satu malam.

Hong Kong

Pada Oktober 1997, dolar Hong Kong, yang ditambat 7.8 kepada dolar Amerika Syarikat (AS), mendapatkan tekanan spekulatif kerana inflasi Hong Kong lebih tinggi jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat selama bertahun-tahun. Pejabat kewangan menghabiskan lebih dari US$1 juta untuk mempertahankan mata wang tempatanl. Meskipun adanya serangan spekulasi, Hong Kong masih dapat mengatur mata wangnya ditambat ke dolar AS. Bursa saham menjadi tidak stabil, di antara 20 sehingga 23 Oktober, Index Hang Seng menjunam 23%. Pada 15 Ogos 1997, suku bunga Hong Kong naik dari 8 % ke 23 % dalam satu malam.

Korea Selatan

Korea Selatan adalah ekonomi terbesar ke-11 dunia. Dasar makro ekonominya bagus namun sektor banknya dibebani pinjaman. Hutang berlebihan menyebabkan kepada kegagalan besar dan pengambil alihan. Contohnya, pada Julai, pembuat kereta ketiga terbesar Korea, Kia Motors meminta pinjaman darurat. Di awal penurunan pasaran Asia, Moody'smenurunkan rating kredit Korea Selatan dari A1 ke A3 pada 28 November 1997, dan diturunkan lagi ke Baa2 pada 11 Disember. Bursa saham Seoul jatuh 4% pada 7 November 1997. Pada 8 November, jatuh 7%, penurunan terbesar yang pernah tercatat di negara tersebut. Dan pada 24 November, saham jatuh lagi 7,2 % kerana ketakutan IMF akan meminta reform yang berat. Pada 1998, Hyundai Motor mengambil alih Kia Motors.



Monday, 20 June 2011

Operasi Lalang (1987)

salam semua.. arinih Nisa' nak cite pasal Operasi Lalang... bkan lalang 2 ! nih operasi..! klu x paham jgak, jom baca entry saya nih...


Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia /Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.
Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Tahanan ISA

Antara mereka yang ditahan ialah :
  1. Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
  2. Chandra Muzaffar- Presiden ALIRAN
  3. Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
  4. Dato Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
  5. Chan Kit Chee
  6. Kua Kia Soong- Dong Jiao Zong
  7. Lim Fong Seng Pengerusi (Chinese Education Assosations)
  8. Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
  9. Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
  10. Mohamed Fahmi Ibrahim - Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO .
Walaupun kebanyakan tahanan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.
Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, yang boleh dikategorikan kepada: parti politik: 37 orang; gerakan sosial: 23 orang; individu: 37 orang.

Pendidikan Cina

Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:
  • Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
  • Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.
  • Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah selama 3 hari.

Stadium TPCA

Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.
Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru menghimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.
  • Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.
Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang (hari Sabtu ?) ini disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.
Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.
Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.
Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata repal M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.
Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia (?).

Kontroversi

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang dan kerajaan yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan KamuntingTaiping, selama 2 tahun atau lebih.
Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak. Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.
Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem tahanan Teluk GuantanamoCuba.
April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir muncul sebagai pemenang. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

LinkWithin

 
your own word