Thursday, 9 June 2011

Sejarah Pendaratan Jepun Di Tanah Melayu(1)




Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu


Pendaratan Jepun di Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. 
Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari
 Saigon,Indochina Perancis menuju ke arah selatan pada
 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota BharuKelantan 
pada 8 Disember1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos 
keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan 
dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat
 pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada 
kekuatan pihak Jepun pada 15 Februari1942.Pada hari Sabtu,
6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat
yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan
 di ManilaFilipina antara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai 
pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), 
dan Laksamana Sir Thomas Phillips, pemerintah Tentera Laut British, Timur Jauh.

6 Disember 1941

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu 
terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai 
Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh 
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah
 penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal
 tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke 
Tanah Melayu.
Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua
 laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima
 arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips
 menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan 
kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British 
diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik 
pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan
 penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.

7 Disember 1941

Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah pimpinan Leftenan 
Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941
Kapal tambahan yang membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. 
Pada kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF,
 Kota Bharu, dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.
Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan
 Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai 
Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi korban Pihak Berikat pertama dalam peperangan 
menentangi Empayar Jepun. Pada pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan 
pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir bermula.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

 
your own word