Saturday, 25 June 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).
Laungan ‘kemerdekaan’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.
Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.
Hari ini, Malaysia menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53 tahun dengan membawa tema “1 Malaysia Menjana Transformasi”. Selama 53 tahun Malaysia hidup dalam kemakmuran dengan rakyatnya yang berbilang bangsa, berbilang kaum, berbilang agama. Semua bersatu tenaga dan bersatu hati dalam merealisasikan matlamat negara Malaysia ke arah sebuah negara maju dan membangun.
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Kini Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi, sosial, pentadbiran, politik, komunikasi dan sebagainya. Kemajuan ini terhasil dari usaha gigih pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu dan sekarang yang tabah dalam menghadapi segala kesulitan dan kepayahan. Keupayaan para pemimpin Malaysia dalam mentadbir negara seharusnya dikagumi. Formula-formula yang digunakan dalam mentadbir negara Malaysia ini telah membuahkan hasil yang perlu disyukuri oleh kita sebagai rakyat Malaysia.
Sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ni, seperti biasa, pelbagai aktiviti dan program kemerdekaan akan berjalan sebagai memperingati pahit maung Malaysia dalam mencapai kebebasan daripada kuasa penjajah. Namun begitu, adakah kemerdekaan ini membawa sebarang erti dalam diri setiap rakyat Malaysia?

Kemerdekaan Dulu dan Sekarang

  • Generasi hari ini hanya mahukan keseronokan khususnya ketika sambutan kemerdekaan diadakan tetapi tiada pengisian dalam perspektif merdeka yang jelas.
     
  • Sekarang semua orang perlu disuruh setiap hari untuk pasang bendera, tiada lagi kemeriahan pasang bendera seperti satu ketika dulu.
     
  • Generasi muda tidak faham perjuangan kemerdekaan yang sebenar. Mereka hanya mahukan keseronokan dan keriangan sahaja. Kalau pergi buat ceramah mereka hanya beri perhatian pada kisah-kisah yang ngeri sahaja, tetapi kosong.
     
  • Generasi hari ini juga kurang prihatin dengan semangat kemerdekaan. Oleh itu banyak berlaku gejala sosial.
     
  • Walaupun kita sudah merdeka, tetapi generasi muda hari ini masih lagi dijajah dengan anasir tidak sihat tetapi mereka tidak sedar. Kita jangan mudah lupa diri dan rasa selesa dengan kesenangan yang dinikmati sekarang.
     
Begitulah pandangan Yahya Shafii, pesara Tentera Diraja British tentang kemerdekaan dulu dan sekarang. Betapa rendahnya akhlak generasi muda Malaysia sekarang ni disebabkan tiada semangat kemerdekaan dalam diri setiap daripada mereka.


Hargailah titik peluh dan titisan darah pejuang yang rebah ketika menggalas senjata bermati-matian menuntut kemerdekaan bumi berdaulat ini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

 
your own word