Krisis Kewangan Asia adalah krisis kewangan yang dimulai pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Juga sering disebut Krisis mata wang Asia.
Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terkena tempiasnya. China, Taiwan danSingapura hampir tidak terkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.
Sejarah
Sehingga 1996, Asia menarik hampir setengah dari aliran modal negara membangun. Tetapi, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan pemulihankecepatan pertukaran ditambat menggalakkan pinjaman luaran dan menyebabkan keketerbukaan yang berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing dalam sektor kewangan dan perusahaan.
Pakar ekonomi telah berpendapat bahawa negara China pada ekonomi nyata sebagai faktor penyumbang krisis. China telah mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia lainnya terutama pada 1990, setelah penerapan perubahan kepada berorientasikan eksport. Yang paling penting, mata wang Thailand dan Indonesia adalah berhubung erat dengan dolar, yang naik nilainya pada 1990 an. Mengakibatkan para pengimport Barat mencari pengeluar yang lebih murah dan menemukannya di China yang nilai mata wangnya rendah berbanding dolar.
Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara. Bermula dengan kejadian di Amerika Selatan, pelabur Barat kehilangan kepercayaan terhadap keamanan di Asia Timur dan mulai menarik kembali wang pelaburan mereka.
Malaysia
Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal".
Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23,5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanianaaa 5,9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6,2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.
Thailand
Dari 1985 ke 1995, Ekonomi Thailand mengalami pertumbuhan rata-rata 9% setahun. Pada 14 Mei dan 15 Mei 1997, mata wang baht,mengalami serangan spekulasi besar. Pada 30 Jun, Perdana Menteri Chavalit Yonchaiyudh berkata bahwa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi pemerintah Thailand akhirnya menambat mata wang tersebut pada 2 Julai.
Pada 1996, "dana hedge Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thai. Dari 1985 sampai 2 Julai 1997, baht ditambat pada 25 kepada dolar. Baht jatuh menjunam dan hilang setengah harganya. Baht jatuh ke titik terendah di 56 kepada dolar pada Januari 1998. Bursa saham Thailand jatuh 75% pada 1997. Finance One, perusahaan kewangan Thailand terbesar muflis. Pada 11 Ogos, IMF membuka pakej bantuan dengan lebih dari 16 juta dolar AS .Pada 20 Ogos IMF menyetujui, pakej "bailout" sebesar 3.9 juta dolar AS.kullakattachi
Filipina
Bank Pusat Filipina menaikan suku bunga sebesar 1.75% mata pada Mei dan 2% mata lagi pada 19 Jun. Thailand mula dilanda krisis pada 2 Julai. Pada 3 Julai, bank Pusat Filipina dipaksa untuk campurtangan secara besar-besaran untuk menjaga Peso Filipina dengan menaikkan suku bunga dari 15 % ke 24 % dalam satu malam.
Hong Kong
Pada Oktober 1997, dolar Hong Kong, yang ditambat 7.8 kepada dolar Amerika Syarikat (AS), mendapatkan tekanan spekulatif kerana inflasi Hong Kong lebih tinggi jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat selama bertahun-tahun. Pejabat kewangan menghabiskan lebih dari US$1 juta untuk mempertahankan mata wang tempatanl. Meskipun adanya serangan spekulasi, Hong Kong masih dapat mengatur mata wangnya ditambat ke dolar AS. Bursa saham menjadi tidak stabil, di antara 20 sehingga 23 Oktober, Index Hang Seng menjunam 23%. Pada 15 Ogos 1997, suku bunga Hong Kong naik dari 8 % ke 23 % dalam satu malam.
Korea Selatan
Korea Selatan adalah ekonomi terbesar ke-11 dunia. Dasar makro ekonominya bagus namun sektor banknya dibebani pinjaman. Hutang berlebihan menyebabkan kepada kegagalan besar dan pengambil alihan. Contohnya, pada Julai, pembuat kereta ketiga terbesar Korea, Kia Motors meminta pinjaman darurat. Di awal penurunan pasaran Asia, Moody'smenurunkan rating kredit Korea Selatan dari A1 ke A3 pada 28 November 1997, dan diturunkan lagi ke Baa2 pada 11 Disember. Bursa saham Seoul jatuh 4% pada 7 November 1997. Pada 8 November, jatuh 7%, penurunan terbesar yang pernah tercatat di negara tersebut. Dan pada 24 November, saham jatuh lagi 7,2 % kerana ketakutan IMF akan meminta reform yang berat. Pada 1998, Hyundai Motor mengambil alih Kia Motors.
No comments:
Post a Comment