Saturday, 18 June 2011

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Latar belakang

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa MelayuCina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

*macam x biasa lah plak angkat ikrar kat sekolah.. *

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

Dasar Ekonomi Baru


sambungan daripada Dasar Ekonomi Naru (1)...


Dasar Pecah dan Perintah

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
  • Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
  • Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
  • Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
  • Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Isu Penolakan

Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan DEB/DPN ialah 'tender terbuka'.

Thursday, 16 June 2011

Permisahan Singapura (1965)


Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau diLondon pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti (parti tindakan rakyat) PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan.Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialahSyed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi SingapuraPulau PinangMelaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Wednesday, 15 June 2011

Rusuhan Kaum (1964)


Rusuhan Kaum 1964 berlaku di Singapura. Ketika itu, perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad telah diadakan di seluruhMalaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Pelbagai unit tenterapolisbomba dan bekas kakitangankerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islammenyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21 Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.
Ketika perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar pukul 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. Seramai 50 orang cedera, dan kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan begitu dahsyat sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sesi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan.
Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22 Julai. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23 Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2 Ogos, selepas 11 hari. Seramai 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan. Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3 hari. Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera.

Sebab-musabab rusuhan kaum terjadi

Sentimen perkauman di Singapura dibangkitkan melalui berbagai cara. Pada 12 Julai 1964, UMNO telah mengadakan persidangan yang disertai oleh lebih kurang 150 organisasi Melayu di Singapura. Persidangan itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar AlbarSetiausaha Agong UMNO di Semenanjung Malaysia. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu di Singapura tidak mendapat layanan yang adil dari kerajaan PAP memandangkan mereka dilihat tidak berkembang maju dari segi material. Beliau telah menggesa orang-orang Melayu supaya bersatu bagi menghadapi layanan yang tidak adil ini. Utusan Melayu, akhbar Melayu di Malaysia, yang dimiliki oleh ahli-ahli UMNO yang terkemuka, juga sering menyuarakan pendirian yang sama di dalam penerbitan mereka, dan ia telah menuduh PAP sebagai menghina dan cuba untuk memecah belahkan masyarakat Melayu di Singapura.
Tidak mudah bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengawal pertambahan elemen-elemen perkauman di dalam UMNO kerana beliau akan dilihat sebagai tidak menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Sebelum itu setiap hari terdapat tuduhan-tuduhan dari Indonesia yang mengatakan bahawa beliau telah menjual bangsa Melayu kepada saudagar-saudagar Cina dan India di Malaysia. Selepas rusuhan kaum, Tunku memberi pendapat bahawa ianya disebabkan oleh pengabaian yang terlalu lama orang-orang Melayu Singapura, dengan merujuk perkara berikut sebagai contoh : '(orang-orang melayu) telah dipaksa keluar dari rumah-rumah milik mereka untuk memberi jalan kepada pembangunan rumah-rumah pangsa baru dan lain-lain.'
MCA, parti komponen pemerintah di Malaysia turut menyumbang ke arah kebangkitan suasana perkauman. Menterinya di dalam kerajaan, Khaw KAI Boh, yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan perumahan, sebagai contohnya, mendakwa bahawa kemajuan Singapura adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan beliau bercakap tentang Cauvinis Cina di Singapura. Pendirian PAP adalah orang-orang Melayu perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka bagi membaiki kedudukan ekonomi mereka. Tiada layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan di dalam perlembagaan Singapura, yang dibayangkan.
Terdapat alasan-alasan yang lebih berasas tentang mengapa ahli-ahli terkemuka UMNO dan MCA kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk membangkitkan ketegangan sosial dan kaum di Singapura, dan oleh itu melemahkan peraturan PAP dan mengurangkan ancamam politiknya. Elemen-elemen tertentu UMNO adalah bantahan terhadap pergabungan Singapura Dengan Malaya menadangkan Singapura mempunyai bilangan penduduk berbangsa Cina yang lebih besar. Nasionalis-nasionalis Melayu di dalam UMNO juga tidak senang dengan profail tinggi yang diambil oleh Lee Kuan Yew, seorang ahli politik Cina, semasa perundingan untuk pergabungan dan di dalam tempoh sebaik sahaja selepas pergabungan. Sebagai contoh, pemimpin Singapura itu mengumumkan tentang kesukaran yang dihadapinya semasa perundingan untuk pergabungan; dan di dalam satu program analisa berita TV BBC, 'Panorama', mengenai perjalanan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembentukan Malaysia, hanya Lee Kuan Yew yang dijemput dan pandangan-pandangannya disiarkan. Pada bulan Jun 1964, Lee Kuan Yew mengetuai sekumpulan 12 orang ahli di dalam satu misi kunjungan ke 17 negara-negara Afrika dan India untuk menangkis propaganda Indonesia yang ditujukan kepada Malaysia, satu tindakan yang telah mendapat bantahan dari nasionalis Melayu seperti Syed Jaafar Albar. Kebimbangan UMNO semakin bertambah apabila parti bersekutunya di Singapura gagal memenangi sebarang kerusi di dalam pilihanraya yang diadakan pada 21 September 1963 di Singapura, walaupun di dalam kawasan yang mempunyai majoriti Melayu. Kesan dari kejayaan PAP sangat ketara buat UMNO. Dengan marahnya, Tunku mengecap orang-orang Melayu di Singapura sebagai 'pengkhianat'. Calon PAP yang diberikan undi oleh orang-orang Melayu di Singapura juga berbangsa Melayu? maka ia tidaklah boleh dikatakan 'pengkhianat' bangsa seperti yang digambarkan oleh Tunku.
Ahli-ahli terkemuka UMNO juga tidak senang dengan sikap Singapura yang tidak patuh kepada kerajaan persekutuan. Sekali pun Tunku mengeluarkan kenyataan umum menyatakan sokongan kepada kepada MCA, PAP tetap bertanding melawan MCA di dalam pilihanraya persekutuan pada bulan April 1964. Lebih dari itu, PAP menunjukkan bahawa percubaan untuk muncul sebagai satu kuasa politik yang lebih besar di Malaysia, boleh membawa 'angin perubahan' di Malaysia, di mana UMNO akan terpaksa menerima ideologi politik dan cara pendekatan PAP yang tersendiri dan lebih berprinsip saksama. Tun Abdul RazakTimbalan Perdana Menteri Malaysia. Menyuarakan kesangsiannya dengan keikhlasan PAP terhadap kepentingan dan kebajikan orang-orang Melayu. Penyertaan PAP di dalam pilihanraya persekutuan telah dilihat sebagai satu percubaan untuk melemahkan kedudukan dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu di Malaysia, walaupun PAP tidak bertanding melawan UMNO secara langsung.
Cauvinis-cauvinis Melayu di dalam UMNO menggambarkan PAP sebagai parti anti-Melayu dan bersandarkan pada konteks inilah maka kempen kebencian terhadap kerajaan anti-Melayu PAP yang dijalankan oleh Syed Jaafar Albar itu dapat difahami. Perasaan orang-orang Melayu Singapura terhadap orang-orang Cina telah terbakar. Lee Kuan Yew begitu pasti bahawa pelampau-pelampau UMNOlah yang patut dipersalahkan di dalam kejadian rusuhan kaum itu.
Kesangsian MCA terhadap Singapura yang diterajui oleh PAP itu adalah bertujuan poltik. Mereka sebenarnya bimbang kehilangan sokongan dari penyokong-penyokong Cina di Malaysia kepada Lee Kuan Yew. Pemimpin-pemimpin utama MCA cuba menyimpangkan perundingan sebelum pergabungan terjadi. MCA juga cuba untuk mengurangkan pengaruh politik PAP dengan menguatkan kembali cawangannya di Singapura, dan terlibat secara langsung di dalam politik Singapura. PAP pula, enggan untuk menerima bahawa MCA memperjuangkan kepentingan semua orang Cina di Malaysia. MCA dilihat sebagai sebuah 'kelab orang-orang kaya' yang kegagalannya untuk memperjuangkan kepentingan orang-orang Cina yang kurang berkemampuan, terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan bandar, boleh membawa kepada bertambahnya pengaruh parti-parti politik pro-komunis. Dari itu MCA amat bimbang dengan PAP yang mungkin memohon untuk menggantikan tempatnya di dalam Perikatan yang memerintah Malaysia sekiranya kekuatan politik PAP semakin meningkat, biarpun kenyataan-kenyataan umum Tunku Abdul Rahman bahawa beliau akan tetap mempertahankan MCA, rakan kongsi setianya.
Hubungan di antara MCA dan PAP dihina oleh kenyataan-kenyataan balas yang dikeluarkan secara berterusan, berkenaan hal-hal politik dan peribadi. Kenyataan-kenyataan tersebut bertambah hangat semasa kempen pilihanraya pada bulan April 1964 di Semenanjung Malaysia, apabila PAP tidak berjaya di kawasan-kawasan Bandar, semata-mata untuk menunjukkan bahawa PAP hanya berguna kepada UMNO dari segi pilihanraya dari MCA. Ketegangan semakin meningkat apabila Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Pusat, enggan melaksanakan pasaran saham yang sama di Malaysia sebagaimana yang telah dipersetujui semasa perundingan sebelum pergabungan, kecuali Singapura membayar 60%, bukannya 40%, dari pendapatan negaranya kepada Kuala Lumpur. Adalah dipercayai bahawa MCA tidak mahu menambahkan kelebihan ekonomi Singapura dengan mengorbankan ahli-ahli MCA yang terlibat dengan perniagaan.
Agen-agen Indonesia mungkin juga terlibat di dalam menimbulkan kacau-bilau itu. Itu adalah tempoh masa konfrontasi. Indonesia di bawah arahan Presiden Sukarno, menghalangpembentukan Malaysia kerana ia berminat untuk menakluki Sarawak dan Sabah di dalam Malaysia TimurKerajaan Indonesia juga menghadapi pelbagai masalah seperti ancamanekonomirasuahpentadbiran yang salah dan aktiviti-aktiviti yang merosakkan oleh komunis. Percubaan untuk menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan di Malaysia akan dapat mengalih perhatian rakyat Indonesia dari masalah-masalah tersebut. Dari bulan September 1964 sehingga bulan Mei 1965, terdapat sebanyak 42 kejadian letupan bom oleh pengkhianat-pengkhianat yang menerima arahan dari Indonesia. Selepas rusuhan kaum pada 21 Julai 1964, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia, mengutuk Indonesia sebagai dalang di sebalik kejadian rusuhan itu. Walau bagaimanapun, pengkhianat-pengkhianat Indonesia itu tidak akan berjaya, sekiranya ketegangan kaum belum lagi tercetus sebelum itu.

Tuesday, 14 June 2011

Pemberontakan Brunei (1962-1966)

Pemberontakan Brunei adalah satu kejadian yang berlaku pada 8 Disember, 1962. Para pemberontak mula mengkoordinasi serangan ke atas bandar minyak di Seria (mensasarkan kemudahan minyak milik Royal Dutch Shell), stesen polis dan kemudahan kerajaan di sekitar kawasan ini. Pemberontak ini menentang Sultan, kerajaan baginda dan rakyat setia. Kejadian ini dianggap sebagai tahap pertama dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia.


Latar belakang

Bahagian utara pulau Borneo terdiri daripada tiga buah wilayah Britain: iaitu Sarawak dan Borneo Utara (dinamakan semula sebagai Sabah) dan Kesultanan Brunei. Brunei menjadi negeri di bawah perlindungan Britain pada tahun 1888, dengan keluasan kira-kira 2,226 batu persegis (5,800 km2) dan kira-kira 85,000 penduduk, sedikit lebih dari separuh adalah kaumMelayu, satu suku Cina dan selebihnya adalah Dayak. Minyak telah ditemui pada tahun 1929 berdekatan Seria dan konsesi yang diberikan kepada Shell Petroleum Company memberi pendapatan besar kepada Kesultanan Brunei. Ibu negara yang dikenali sebagai Bandar Brunei pada waktu itu, terletak di tebing sungai kira-kira 10 batus (16 km) dari pantai.
Pada tahun 1959, Sultan Sir Omar Ali Saifuddin III, mewujudkan sebuah parlimen dengan separuh anggotanya dilantik manakala separuh lagi akan dipilih melalui pilihanraya. Pilihanraya telah diadakan pada bulan September 1962 dan kesemua kerusi yang ditanding telah dimenangi oleh Parti Rakyat Brunei.
Antara tahun 1959 dan 1962, BritainPersekutuan Tanah MelayuSingapuraSabah dan Sarawak telah terlibat dalam satu rundingan bagi menubuhkan sebuah Persekutuan Malaysia baru. Walaubagaimanapun, Filipina dan Indonesia telah menentang sebarang gerakan untuk menyatukan Borneo Utara dan Sarawak dengan persekutuan baru. Sokongan ini diberikan ekoran terdapat bukti-bukti kuat akan sentimen anti-persekutuan yang meluas di Sarawak dan Brunei sendiri. Parti Rakyat Brunei menyokong untuk menyertai Malaysia dengan syarat sebagai satu entiti bersatu dari wilayah utara Borneo (jumlah penduduk kira-kira 1.5 juta orang, separuh darinya adalah Dayak) dengan sultan mereka sendiri, dan oleh itu cukup kuat untuk menentang penguasaan oleh Tanah Melayu atau Singapura, para pentadbir Melayu atau pedagang Cina.[1]Penentangan penduduk setempat dan sentimen penentangan ke atas rancangan Persekutuan Malaysia sering kali diberi gambaran salah oleh catatan sejarah berkenaan Pemberontakan Brunei dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia selepasnya. Hakikatnya, parti politik di Sarawak telah menjangka kemerdekaan mereka sendiri seperti yang dijanjikan oleh (tetapi kemudian dibatalkan) oleh Rajah Putih terakhir di Sarawak, Charles Vyner Brooke, pada tahun 1941.
Cadangan Kalimantan Utara telah dilihat sebagai satu bentuk pilihan selepas penjajahan oleh para penentang setempat untuk menentang rancangan Persekutuan Malaysia. Tentangan di seluruh wilayah Borneo adalah di sebabkan faktor-faktor ekonomi, politik, dan perbezaan budaya di antara negeri-negeri Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu, dan ketidaksediaan untuk dikuasai oleh politik dari semenanjung.
Walaubagaimanapun, sebelum kejayaan pemilihan Parti Rakyat Brunei, sebuah sayap ketenteraan akhirnya dibentuk, dikenali sebagai Tentera Kebangsaan Kalimantan Utara, yang mana melihat diri mereka sebagai sebuah parti pembebasan anti penjajah. Pemimpinnya yang berumur 34 tahun, A.M. Azahari pernah tinggal di Indonesia dan memiliki kaitan dengan agen perisikan Indonesia. Beliau telah menrekrut beberapa pegawai yang telah dilatih dalam peperangan bawah tanah di Indonesia. Menjelang akhir tahun 1962, mereka mungkin dianggotai kira-kira 4000 anggota, beberapa senjata moden dan kira-kira 1000 pucuk senapang patah.


Pemberontakan Brunei
Sebahagian dari Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1966
Tarikh8 Disember 1962–1966
TempatBrunei
HasilKemenangan muktamad British Komanwel
Pihak bersengketa
Bendera United Kingdom Britain
Bendera Malaysia Malaysia
Bendera Brunei Brunei
Parti Rakyat Brunei
Bendera Indonesia Indonesia
Komander
Jeneral Sir Nigel PoettYassin AffandiA.M. Azahari

LinkWithin

 
your own word